Kehidupan peribadi Ali Saleh Mohammed Ali Jaber

Ali Jaber telah memempelajari al-Quran sejak kecil. Beliau dimotivasikan oleh ayahnya semasa kecil untuk belajar Al-Quran. Dalam mendidik agama, khususnya al-Quran dan solat, ayahnya amat tegas, bahkan tidak segan-segan memukul bila Ali Jaber sekiranya tidak mendirikan solat. Keluarganya dikenali sebagai keluarga yang beragama. Di Madinah mereka memiliki masjid besar yang digunakan sebagai syiar Islam. Sebagai anak pertama daripada dua belas beradik, Ali Jaber dituntut untuk meneruskan perjuangan ayahnya dalam memperluas syiar Islam. Walaupun pada awalnya apa yang beliau jalani adalah keinginan ayahnya, akhirnya beliau menyedari bahawa mempelajari al-Quran itu adalah keperluan bagi dirinya. Pada usia sebelas tahun, beliau telah menghafal 30 juz Al-Quran.[2]

Ali Jaber berkahwin dengan Umi Nadia yang berasal dari Lombok, Nusa Tenggara Barat pada 2008 sebelum mendapat taraf kewarganegaraan Indonesia pada 2012[3].